Lawatan Tapak Cadangan @ Menilai Potensi

IMG_20150204_110656 IMG_20150204_110709

Hartanah lelong sekarang mahal harganya. Yang betul-betul berduit dan mampu serta tak kisah dengan harganya sahaja boleh membida dan membeli.

Agak sukar untuk mendapatkan harga yang menarik dan di bawah harga pasaran. Kalau ada pun, rumah dalam keadaan uzur dan perlu dibaiki dengan kos yang tinggi. Pembida yang berminat pun terlalu ramai orangnya. Berebut-rebut semua orang nak membeli hartanah lelong yang kononnya murah. Kadang-kadang harga tak masul akal pun ada. 5 tahun lepas dan tahun-tahun sebelum itu, orang tak pandang nak tengok lelongan hartanah pun. Apa lagi nak membida dan membelinya.. Jadi saya kurang aktif dalam lelongan sejak kebelakangan ini.

Oleh itu saya beralih ke cabang-cabang yang lain. Semalam bersama seorang rakan, mengambil sedikit masa untuk membuat lawatan ke Kuala Pilah. Melihat dan menilai potensi sebidang tanah berkeluasan 1.35 ekar yang terletak di kawasan kampung. Aman damai dan sejuk rasanya.. Tanah berkedudukan di tepi jalan utama dan bersebelahan dengan sekolah. Agak menarik juga dengan lokasinya. Tetapi sayang terdapat beberapa isu teknikal yang membuatkan penilaian kepada potensi tanah tersebut kurang memberangsangkan.

Kami membuat keputusan untuk mencari tapak yang lain. Insyallah akan jumpa tapak yang sesuai nanti..

Zaidi Mohamad

TIP 2 : Menaikkan Kadar Sewa Rumah

Obama Volunteers During Day Of Service

[ Cat Ruang Dalaman Rumah ]

Kebanyakkan penyewa suka pada benda baru, bersih dan cantik. Ramai di luar sana yang tidak berkira sangat mengenai duit jika dapat memenuhi impian dan kehendak terutamanya isteri kepada bakal-bakal penyewa.

Untuk meningkatkan nilai rumah di mata penyewa, satu tip yang bagus ialah mengecat ruang dalaman terutamanya dinding rumah. Selalunya dinding akan kotor atau ada kesan-kesan gelap selepas digunakan 5 tahun. Gunakan cat berwarna putih supaya senang nanti untuk dicat semula bila sampai masanya. Ia juga adalah warna yang neutral dan amat mudah disesuaikan dengan semua keadaan dan konsep rumah.

Bagi menjimatkan kos, gunakan cat biasa pada kadar harga yang sederhana. Cat yang tidak terlalu mahal atau yang terlalu murah. Sebuah rumah berleluasan 700 kaki persegi hanya perlukan cat di dalam anggaran rm300-rm400 untuk di cat ruang dalamannya. Jika berpeluang boleh cat sendiri kerana ianya agak mudah untuk dilaksanakan. Disamping itu boleh juga mengeluarkan peluh..

Setelah siap dicat, rumah akan kelihatan amat menarik dan cantik. Jika kadar biasa sewa sebelum ini adalah RM500, boleh naikkan dan tingkatkan kadar sewa ke RM550 atau RM580.

Jika kos mengecat adalah RM300 dan kenaikkan sewa rumah sebanyak RM50 sebulan. Ianya akan menjana RM50 x 12 bulan. Jumlah keseluruhan ialah RM600 akan ditolak modal untuk mengecat RM300. Jadi masih untung RM300 dalam 1 tahun dan untuk tahun ke dua dapat menikmati RM600 tersebut.

Walaupun nampak kecil tapi ianya berkesan untuk meningkatan aliran tunai kita setiap bulan. Mudahkan.. dan selamat melaksanakan tip ini..

Zaidi Mohamad

Tip 1 : Menaikkan Kadar Sewa Rumah

[ Lengkapkan Rumah Sewa Dengan Perabot & Peralatan ]

apartment.jpg

Menyediakan kelengkapan atau perabot asas di dalam rumah sewa akan meningkatkan nilai sewanya. Lagi pun sebenarnya penyewa suka pada rumah yang telah ada kelengkapan asas disebabkan tak perlu keluarkan duit sendiri untuk membeli nanti. Kita tidak perlu penuhkan ruang tetapi memadai menyediakan kelengkapan utama seperti sofa, katil dan tilam, almari, meja makan, peti sejuk, televisyen, mesin basuh atau penyaman udara. Boleh pilih mengikut kemampuan dan mana-mana perabut yang kita ada.

Bagaimana mendapatkan kelengkapan asas tersebut tanpa kos atau harga murah adalah melalui kaedah berikut:-

1. Barang-barang di dalam rumah kita sekarang yang tidak digunakan atau hendak menggantikannya dengan yang baru. Contohnya sofa,tv atau lain-lain barang. Adakan..

2. Atau biasanya jika kita ada penyewa yang akan berpindah ke tempat lain, kadang-kadang kita mendapat tawaran dari penyewa untuk mengambil barang-barangnya secara percuma atau pun dengan sedikit bayaran disebabkan kesukaran pengangkutan.

3. Atau ada kawan-kawan yang berpindah rumah? Kadangkala ada tawaran dengan harga murah barang-barang mereka yang hendak dilelong. Jangan lepaskan peluang tersebut..

4. Atau mendapatkan barang-barang di pusat perabot terpakai. Biasanya dapat dengan harga separuh harga daripada asal.

Kelengkapan atau perabot ini akan dipinjamkan kepada penyewa kita dengan sedikit bayaran. Jika ada kerosakkan semasa penggunaannya, penyewa perlu membaiki dan biasanya kelusuhan barang adalah perkara biasa.

Nah! Sekarang dapat tak sedikit gambaran untuk mengurangkan kos dalam penyediakan kelengkapan asas dalam rumah sewa dan disamping itu boleh menaikkan kadar sewanya..

Ok, jumpa lagi dalam tip akan datang..

Zaidi Mohamad

KISAH SAYA

Zaidi MohamadNama saya Zaidi Mohamad @ Abdul Rahman. Pengarah Urusan Idaman Consultancy.

Kepakaran saya adalah membantu menyelesaikan masalah mereka yang tidak yakin untuk melabur atau takut gagal dalam pelaburan rumah sewa kerana sering mendengar banyak masalah seperti penyewa lari malam, duit sewa tidak dibayar dan rumah rosak sehingga menyebabkan kerugian besar kepada tuan rumah. Melalui 5 strategi hebat yang telah terbukti berkesan membantu mereka membina portfolio serta menguasai dunia rumah sewa dan hartanah menuju ke alam jutawan.

Berapa ramai yang suka, jika saya bantu anda untuk menjadi ‘Jutawan Rumah Sewa’ ?

Hari ini saya bersyukur kerana dengan izinNya telah dapat membina portfolio dalam hartanah yang kebanyakkannya telah disewakan dan disamping itu menguruskan sebuah syarikat dalan bidang tersebut. Idaman Consultancy ditubuhkan pada tahun 2012 bertujuan untuk membantu terutamanya orang-orang melayu yang kurang mahir dalam bidang pelaburan hartanah serta individu yang ingin memiliki hartanah dengan harga rendah. Perlu rasanya serta kesedaran untuk saya berkongsi ilmu dan pengalaman saya sepanjang 5 tahun ini. Hadis Riwayat al baihaki.. “Maksudnya: Sebaik baik manusia ialah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain”.

Dahulu 15 tahun yang lepas kesilapan saya ialah tidak tahu bagaimana menjana wang secara berterusan dengan modal rendah dan usaha yang sikit. Tidak tahu bagaimana hartanah sangat bagus dan salah satu cara melindungi duit kita dari inflasi. Tidak tahu bagaimana mencari duit sampingan dan tambah pendapatan dengan kos sara hidup yang semakin tinggi serta kenaikan harga barang-barang atau perkhidmatan. Semua kerana saya tiada ilmu dalam bidang ini dan tidak pula berusaha mencarinya..

Pada tahun 1995, setelah habis belajar dalam bidang Senibina, saya telah diterima bekerja di sebuah firma arkitek di Pulau Pinang. Seronok tak terkata, maklum dah boleh dapat duit sendiri walaupun gaji tak banyak pun. Boleh la.. Pergi kerja, balik kerja.. Begitu rutin harian. Kalau kerja banyak nak kena siapkan sampai lewat malam dan kadang-kadang sampai ke subuh. Esoknya sambung kerja lagi.. Huh! Letih juga tapi tak terfikir langsung untuk berubah. Mungkin seronok disebab baru kerja dan masih muda lagi..hehe..

Selepas beberapa tahun menjalani kehidupan seperti itu, ianya sudah mulai berubah. Berubah bukannya bertambah baik dan senang tetapi bertambah susah disebabkan sudah mempunyai tanggungjawab. Pada ketika itu, kehidupan saya boleh dikatakan hanya sekadar cukup makan. Kadang-kadang susah pun ada. Cuma ada sedikit kesedaran yang wujud dalam diri saya ialah terfikir untuk membeli rumah sendiri daripada menyewa kerana kehidupan di Pulau Pinang kos hidupnya sangat tinggi. Jadi saya membeli sebuah rumah di Seberang Perai disebabkan harganya yang lebih murah.

Saya ke tempat kerja dengan menunggang motosikal kerana tak mampu untuk memandu kereta. Tol lebuhraya dan tol jambatan yang agak tinggi dengan gaji ketika itu yang tidak seberapa. Untuk sebulan sudah tentu perbelanjaan RM250. Jika musim hujan, tiada alternatif lain dan terpaksa menempuh hujan.

Disebabkan rumah yang bersempadan dengan bandar Kulim, pada hari ahad setiap pertengahan bulan saya pasti menghadirkan diri ke Tabung Haji untuk membuat pengeluaran wang yang dipotong dari gaji. Ini untuk perbelanjaan sehingga hujung bulan.

Untuk menampung perbelanjaan, saya juga terpaksa membantu rakan dalam kerja-kerja pembuatan model bangunan sebagai kerja sampingan. Setiap hari pada pukul 9 malam saya akan mula bekerja dan pulang pada awal pagi. Kadang-kadang sahaja dibayar dan selebihnya kawan saya memberi banyak alasan tak dapat bayaran dan sebagainya. Kena tipu lagi.. Memang sedih mengenangkan kesusahan ketika itu.

Sehinggalah pada tahun 2006, saya berpindah ke Negeri Sembilan. Dengan kehendak dan rezekiNya, saya menjumpai 5 strategi  hebat bagaimana membina kekayaan melalui rumah sewa dan hartanah. Hanya usaha sekali dan ianya akan menjana pendapatan tanpa henti . Syukur alhamdulillah..

Saya akan membantu dan berkongsi ilmu serta pengalaman dengan anda nanti. Jumpa lagi!..